Thursday, December 24, 2009

PGSR Sem 3 dah... huhuhu



Pejam celik pejam celik dah masuk semester 3 dah program Pengsiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) nih. Huhuhu... Boleh tahan gak dia punya syllabus. Sem 1 dulu boleh gak nak huray-huray skit.. subjek Teknologi Pendidikan (TP), Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Pendidikan dan juga Bahasa Inggeris. Masuk aje sem 2, ada sikit fening.. hahaha... apa ke tidaknya subjek teori muzik terus masuk Gred 5! kibod lak skil kena kasi lect gempak tengok jari menari wakakaka...

Sem 3 lak terus sampai Gred 8 bro... Tak tahulah boleh catch up ke tak. Yang penting kena berusaha dulu. Nasib baiklah rakan-rakan seunit semua 'understanding'... kerjasama memang erat. cozz semuanya sama-sama paham dengan masalah, tanggungjawab juga komitmen masing-masing. Komitmen kat sekolah, family also with the community around. Tu gambo kat atas tu waktu group kita orang 'tracking' masa BIG (banyak gak cerita waktu BIG nih.. syyy..)


Untuk Kerja Kursus Berasaskan Ilmu sem 3 kali ni bagi subjek Budaya dan Pembelajaran:-


Objektif KKBI


1. Menjelaskan definisi dan konsep budaya dan hubungannya dengan pembelajaran.


2. Menghuraikan peranan budaya dalam senario pendidikan di Malaysia daripada pelbagai sudut.


3. Memberi cadangan dan kaedah menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran yang diakibatkan oleh kepelbagaian budaya.


Tugasan kerja kursus


Budaya dan kepelbagaian kelompok merupakan salah satu elemen penting yang telah mencorakkan senario pendidikan di Malaysia masa kini. Kemajmukan ini telah menyumbang kepada pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan perancangan pendidikan pada masa hadapan.


   Dalam menghadapi fenomena unik ini, guru-guru di Malaysia perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya. Guru-guru mestilah bersedia untuk menangani isu-isu pendidikan yang berkait dengan situasi itu.


   Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki melaksanakan tugasan-tugasan berikut.


a) Buat satu lakaran pelan kasar bilik darjah yang kondusif untuk P&P dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek fizikal dan sosio-emosi supaya bilik darjah yang mesra budaya dapat diwujudkan.


   Konsep dan Tujuan Pengurusan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah

Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Konsep pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial.


Aspek Fizikal :-

· Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai mengikut keperluan aktiviti.
· Mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang baik.
· Mengecat dinding dengan warna-warna yang ceria dan lembut.
· Memasang langsir dengan warna yang ceria, terang dan lembut.
· Melukis mural disekitar kelas.
· Keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran dan pemadam api.


Sudut-Sudut Pembelajaran:-
Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut kreativiti dan sebagainya. Di samping itu, terdapat sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen dan multimedia.


Kriteria-kriteria Fizikal Spesifik Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya


· Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan.


· Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural-mural biasanya dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah sesuai sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini.


· Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara murid dari pelbagai latarbelakang dan budaya. Tugasan yang di berikan oleh guru dapat di bincang di ruang ini.


· Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini.


· Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana sudut-sudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah.


· Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik.


· Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar belakang etnik dapat menggunakan perisian “software” yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan.


sumber: JM NASIRA


b) Beri keterangan bagaimana bilik darjah yang anda lakarkan itu dapat membawa persekitaran yang mesra budaya.


c) Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan ketidaksamaan peluang pendidikan di negara kita dan implikasinya terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara.

0 comments: