Wednesday, December 3, 2008

Guru-guru PGSR/MUZIK ambilan NOV/2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua warga guru..

Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) sedia ada merupakan program khas KPM yang telah dilaksanakan mulai tahun 1999 dan telah ditamatkan ambilannya pada tahun 2006. Program ini melibatkan kerjasama IPTA dengan IPG.

Keputusan Jemaah Menteri pada 12 Julai 2006 berkaitan Memorandum Bersama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia memutuskan ambilan terakhir pelatih seramai 1500 orang dalam Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) penempatan di sekolah menengah adalah pada tahun 2006. Ini bermakna tidak ada pengambilan pelajar PKPG pada tahun 2007. Sehubungan itu, Bahagian Pendidikan Guru telah mencadangkan supaya program pensiswazahan guru sekolah rendah diteruskan di Institut Pendidikan Guru di bawah Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR).

Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Staf Kementerian Pelajaran bertarikh 5 Februari 2007 telah meluluskan program PGSR di IPG menggunakan mode Latihan Pensiswazahan Berasaskan Sekolah (LPBS) dengan syarat guru mengikuti pengajian di IPG pada hujung minggu atau cuti semester tanpa meninggalkan sekolah; tempoh pengajian selama 4 tahun; guru terus mendapat gaji penuh; tidak dikenakan yuran pengajian; dan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan di akhir pengajian.

Mesyuarat Hal-hal Profesional pada 22 Jun 2007 telah meluluskan pengisian program PGSR adalah ke arah melahirkan guru siswazah yang mempunyai kemahiran untuk mengajar pelbagai mata pelajaran (generalist).

2.0 Program PGSR merupakan satu saluran utama untuk guru bukan siswazah meningkatkan taraf pendidikan ke peringkat ijazah pertama. Ijazah yang diperolehi membolehkan mereka memohon kenaikan pangkat ke DG 41 dan dilantik ke jawatan lebih tinggi.

4 comments:

Mirza said...

Assalamualikum....saya pelatih PGSR muzik IPIK dah dapat tugasan untuk sem 2.Menghasilkan lagu kanak-kanak 16 bar,tunjukkkan pergerakan kord dan nyatakan kaden dlm ciptaan....

perfectwater75 said...

Salam,

Takde ke soalan2 'ramalan' untuk exam minggu depan.

kl ada emailkan ye kepada saya

adikastara@gmail.com

thx!

dheeya said...

nak soklan... cuba intip kat http://cikgumuzik.com kot2 ader...

dheeya said...

hi, mirza... sem 2 dah kena hasilkan lagu!!! Wow, ni lagi gempak nih! amacam boleh ker... kalu takat nyatakan kaden tu ok rrr.. but anyway good luck to you